Muhamad Hamdi Harun.

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pemangku baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun daripada jawatan Ketua Pemuda.

​Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT diadakan semalam telah sebulat suara menerima peletakan jawatan tersebut.

“​Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027.

“​Barisan kepimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai pemangku Naib Ketua,” katanya menerusi surat rasmi di laman sosial Pemuda Pas Terengganu semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here