Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala ASEAN FIFA 2026 menentang Bangladesh, Jumaat ini.

Menerusi hantaran di media sosial milknya, Perdana Menteri berharap pasukan negara membawa pulang kejayaan buat Malaysia.

“Insya-Allah, Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada Jumaat ini, sebelum berdepan dua negara tetangga, Indonesia dan Singapura.

“Ayuh kita berikan sokongan padu kepada pasukan negara,” tulisnya semalam.

Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Tambah Anwar, kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup 2026 akan membuka tirai hari ini di Indonesia dan Hong Kong.

Anwar turut mengimbau pengumumannya ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur tahun lalu tatkala Malaysia mempengerusikan ASEAN.

“Ketika itu, saya menyaksikan pemeteraian kerjasama antara FIFA dan ASEAN yang membuka jalan kepada penganjuran kejohanan ini,” kata Anwar dalam hantaran sama.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia, Bangladesh dan Singapura bagi saingan Divisyen 1 kejohanan sulung itu yang berlangsung di Jakarta dan Bandung, Indonesia hari ini hingga 5 Oktober depan.

Skuad kendalian ketua jurualatih interim Tan Cheng Hoe akan memulakan kempen menentang Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok sebelum berdepan Indonesia di venue sama pada Isnin depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here