Suasana pilu ketika ahli keluarga dan sahabat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di kediamannya di The Mines Residence, Seri Kembangan. Foto SADIQ SANI, 28 SEPTEMBER 2026.

SERI KEMBANGAN – Bacaan Yasin dan tahlil sedang berlangsung  di sini selepas jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa ke kediamannya di sini hari ini.

Wakil media dibenarkan memasuki pekarangan kediaman sebelum jenazah dibawa ke Masjid As-Syarif, Sungai Besi untuk disolatkan.

Antara kenamaan yang dilihat hadir ialah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Turut hadir Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah; bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim serta Tokoh Wartawan Negara, Datuk Kadir Jasin.

Berada di sisi jenazah ialah anak-anak allahyarham, Datuk Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Mirzan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here