SERI KEMBANGAN – Bacaan Yasin dan tahlil sedang berlangsung di sini selepas jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa ke kediamannya di sini hari ini.
Wakil media dibenarkan memasuki pekarangan kediaman sebelum jenazah dibawa ke Masjid As-Syarif, Sungai Besi untuk disolatkan.
Antara kenamaan yang dilihat hadir ialah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Turut hadir Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah; bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim serta Tokoh Wartawan Negara, Datuk Kadir Jasin.
Berada di sisi jenazah ialah anak-anak allahyarham, Datuk Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Mirzan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. – MalaysiaGazette















