Beberapa Pegawai JPM Bahagian Istiadat membuat perbincangan bagi proses pengebumian Tokoh Negara, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya. Tun Siti Hasmah menghumbaskan nafas terakhirnya pada 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara. Foto AIZAT ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya selepas solat Asar.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor pada 1.30 tengah hari bagi pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas selepas solat Asar di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

“Seterusnya dikebumikan di Pusara Negara Presint 20, Putrajaya,” katanya.

Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarham Dr. Siti Hasmah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara, tambah.

Sehubungan itu, JPM memaklumkan pakaian bagi pelawat lelaki Islam ialah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam, manakala bagi bukan Islam ialah lounge suit gelap selain pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai.

Sementara itu, pakaian bagi pelawat wanita Islam ialah baju kurung/kebaya labuh berwarna gelap dengan selendang/tudung putih, manakala bagi bukan Islam pakaian sopan berwarna gelap dan berselendang putih selain pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai.

Dr. Siti Hasmah yang berusia 100 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Semoga ALLAH terima segala amal kebaikan dan kebajikan tun hasmah sewaktu hayatnya serta diampunkan dosa-dosanya, insyaallah.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here