Akmal Nasrullah Mohd Nasir melakukan lawatan kerja di kuarters Taman Perumahan Polis, Jalan Padang Tembak, Kluang hari ini.

KLUANG- Kerajaan akan melihat keseimbangan antara kebajikan pekerja dan kelangsungan majikan berhubung cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, cadangan itu perlu diberi perhatian agar pelaksanaan berkenaan dapat diimbangi khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Sudah pasti dari sudut pandang itu, kita mengambil kira beberapa segmen dan bagaimana pelaksanaan itu diimbangi antara untuk kita terus menyantuni warga kerja kita dan pada masa sama kelangsungan majikan, terutama dalam kalangan peniaga kecil PMKS.

“Sebaiknya kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat kuarters Taman Perumahan Polis di Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan sebelum ini dibangkitkan sebagai langkah meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah, namun turut dikhuatiri memberi kesan terhadap kos operasi dan harga barangan serta perkhidmatan.

Pengarah Pakar Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPP Wealth Managers Ltd, Mohd Sedek Jantan berkata, kenaikan itu mewakili peningkatan 17.6 peratus, sedangkan produktiviti buruh pada suku pertama 2026 hanya berkembang antara 4.3 dan 4.8 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here