Foto IG Erra Fazira.

KUALA LUMPUR – Primadona filem, Erra Fazira terkejut dengan pemergian tokoh dikagumi, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya wanita yang sentiasa menjadikan sifat keperibadiannya sebagai teladan.

Katanya, Siti Hasmah bukan sahaja tokoh dihormati, malah menjadi figura inspirasi dalam melengkapi pelbagai peranan sebagai isteri, ibu dan insan berilmu.

“Kami semua terkejut dan bersedih atas kehilangan wanita yang menjadi inspirasi kami, iaitu seorang isteri yang ceria dan menenangkan, ibu yang penyayang serta wanita yang lemah lembut.

“Namun, berilmu, penuh dengan usikan lucu dan bijak menyantuni insan lain,” tulisnya melalui hantaran di Instagram (IG).

Erra turut mengucapkan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga agar dikurniakan ketabahan menghadapi detik sukar ini.

“Ya Allah, kami sangat sedih, apatah lagi suaminya, Tun M dan seisi keluarga. Moga terus kuat semangat, ya Tun M. Jaga kesihatan. Moga anak-anak dan cucu-cucu sentiasa ada di sisi menemani Tun,” tulisnya.

Mengakhiri perkongsiannya, Erra mengajak orang ramai menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah buat Allahyarham Dr Siti Hasmah yang dianggap sebagai ‘ibu’ kepada seluruh rakyat Malaysia.

“”Salam takziah.. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat ‘ibu’ kita, Tun Siti Hasmah,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here