Reaksi Anak Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada upacara pengebumian Isteri Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2026

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menangis teresak-esak dan tidak mampu meneruskan temu bual apabila wartawan bertanya mengenai keadaan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mukhriz pada mulanya menjawab Tun Mahathir berada dalam keadaan baik dan tidak sakit.

“Tak, dia tak sakit. Dia cuma menemani Allahyarham suatu ketika beliau berada di hospital. Jadi sekarang ini dia balik rumah,” katanya.

Namun, apabila wartawan bertanya mengenai reaksi Tun Mahathir selepas kehilangan isterinya, Mukhriz terus sebak sebelum menangis.

“Maklumlah… dah jadi pasangan selama 75 tahun,” katanya.

Mukhriz kemudian tidak dapat meneruskan percakapan dan hanya menangis teresak-esak ketika berdiri di hadapan petugas media.

Beliau tidak memberikan jawapan lanjut mengenai keadaan bapanya dan sesi berkenaan berakhir selepas Mukhriz tidak mampu meneruskan percakapan.

Tun Mahathir berada di IJN sejak malam sebelum pemergian Tun Siti Hasmah untuk menemani Allahyarhamah yang sedang menerima rawatan.

Mukhriz sebelum itu turut berkongsi beliau sempat bersama ibunya pada malam terakhir dan menyifatkan keadaan Allahyarhamah ketika itu ceria serta masih sempat berjenaka.

Tun Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun pagi tadi jam 9.30 di IJN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here