Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil.

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat dan merosakkan pegangan akidah umat Islam di negara ini.

Muftinya, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk penyelewengan akidah yang menyimpang daripada ketetapan al-Quran dan al-Sunnah, ijmak ulama serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Sehubungan itu, JMWP menyeru seluruh umat Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada fatwa-fatwa yang telah diputuskan berkaitan pegangan akidah dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang ajaran yang diragui kesahihannya.

“Dalam masa yang sama, JMWP ingin mengingatkan masyarakat agar merujuk sebarang kemusykilan berkaitan akidah kepada badan-badan agama yang berautoriti dan tidak bertindak secara melulu sehingga boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian sejagat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fauwaz berkata, JMWP bersedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan agama bagi membanteras tindakan yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Akidah yang sahih adalah tunjang kekuatan umat. Memeliharanya adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Sebagai rekod baru-baru ini, tercetus pemilik akaun Facebook atas nama Masyitah Ashari mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli terlibat dalam ajaran New Age Movement (NAM) yang menurut sejumlah tokoh agama sebagai bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kemudian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan sebagai berkata mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Marhamah bagi mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai dakwaan berkenaan.

Kemudian, Marhamah menerusi kenyataan menegaskan beliau berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak pernah meninggalkan pegangan tersebut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya tak terlibat dengan NAM, pegang teguh akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Marhamah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here