KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Pengurniaan itu mencatat sejarah apabila Ramanan menjadi individu pertama daripada komuniti India menerima SJMK sejak darjah berkenaan diperkenalkan pada 1925.
Keanggotaan bagi kelas SJMK dihadkan kepada 50 penerima.
Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden PKR itu merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V atas perkenan pengurniaan tersebut dan menyifatkannya sebagai amanah untuk terus memperkukuh khidmat kepada Raja, rakyat dan negara.
Turut menerima SJMK yang membawa gelaran Datuk ialah Razali Daud, Rosnazli Amin, Daniyar Kessikbayev, Leon Emil Le’mercier, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Mohd Khidir Yaacob. – MalaysiaGazette
















