Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak perlu  berdemonstrasi menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung mafia korporat sebaliknya hanya perlu meminta menteri yang terlibat untuk menangkap golongan berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, Menteri Dalam Negeri adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP turut menganggotai Pakatan Harapan.

Katanya, DAPSY sepatutnya meminta Menteri dari DAP buat kerja supaya mafia korporat ditangkap.

“Ni demo nak cakap menteri dan kerajaan kamu tidak buat kerja ke? Ke kamu masih nak berlakon jadi pembangkang?” soalnya dalam kenyataan.

Dalam nada sinis, Dr Akmal memberi peringatan bahawa rakyat akan menentukan kedudukan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tidak mengapa, seluruh rakyat Malaysia akan jadikan kamu pembangkang pada PRU yang akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

DAPSY sokong himpunan tuntut RCI Mafia Korporat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here