Operasi bersepadu membabitkan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa MBDK itu digerakkan bagi membanteras premis yang dikendalikan warga asing serta memastikan semua pihak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

KUALA LUMPUR – Tindakan degil sesetengah peniaga menyewakan lesen kepada warga asing dan menjaja ayam hidup di kaki lima akhirnya memakan diri apabila digempur Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam operasi penguatkuasaan khas di Taman Kapar Setia dan Taman Meru Indah.

Operasi bersepadu membabitkan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa MBDK itu digerakkan bagi membanteras premis yang dikendalikan warga asing serta memastikan semua pihak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menerusi hantaran di Facebook, MBDK memaklumkan hasil serbuan membongkar taktik sebuah pasar mini berlesen sah yang dikesan ‘menyerahkan’ operasi perniagaan kepada warga asing untuk menguruskannya.

Pemeriksaan turut menemukan sebuah kedai runcit beroperasi secara ‘haram’ tanpa lesen sah, dengan dikendalikan sepenuhnya oleh warga Bangladesh.

Lebih mengejutkan, di lokasi sama turut dikesan aktiviti penjualan ayam hidup di atas kaki lima sehingga mencetuskan kacau ganggu serta menyekat laluan awam.

“Pemeriksaan berasingan turut menemukan sebuah kedai runcit beroperasi secara ‘haram’ tanpa lesen sah, dengan dikendalikan sepenuhnya oleh warga Bangladesh.

“MBDK mengambil tindakan drastik dengan mengeluar borang inventori bagi menyita barangan premis, selain menyerahkan Notis Niat Batal Lesen serta-merta kepada wakil syarikat terlibat,” menurut hantaran tersebut.

Jelas MBDK, operasi penguatkuasaan dan pemantauan berterusan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa.

“Pihak PBT tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang menyewakan lesen kepada warga asing atau menjalankan perniagaan tanpa kebenaran,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here