KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemerhatian.
Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan Tun Mahathir dimasukkan ke IJN semalam.
Jurucakap pejabat Tun Mahathir, Sufi Yusoff juga memaklumkan keadaan bekas Perdana Menteri itu baik dan kini sedang berehat di IJN ketika ini.
Perkembangan itu berlaku sehari selepas isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di IJN pada Isnin.
Sehari sebelum itu, Tun Mahathir turut dilihat menggunakan tiub oksigen ketika mengiringi perjalanan terakhir isterinya, termasuk ketika berada di IJN.
Tun Mahathir yang ketika itu berada di sisi Tun Siti Hasmah turut dilihat menggunakan kerusi roda elektrik serta dibantu dengan tiub oksigen.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi mengenai sebab Tun Mahathir menggunakan bantuan oksigen berkenaan.
Kini, beliau ditempatkan di IJN untuk pemerhatian dan dilaporkan berada dalam keadaan baik serta sedang berehat. -MalaysiaGazette
















