Mengikut pertuduhan, pada 2 September 2014, beliau didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah dengan menyembunyikan fakta bahawa surat kuasa wakil bertarikh 3 Jun 2014 memberikan kuasa kepada Synergy Promenade Sdn Bhd untuk menukar hak milik tanah milik Felda.
Ia membabitkan projek Cadangan Pembangunan Lot Felda di 16 bidang tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.














