Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 2 hingga 4 Oktober ini dinasihatkan supaya memperuntuk masa perjalanan tambahan susulan jangkaan kesesakan lalu lintas di sekitar lapangan terbang.

Malaysia Airlines berkata, ia kerana jangkaan kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan sekitar dan laluan menuju KLIA berikutan penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Katanya, akses ke KLIA kekal tersedia namun penumpang dinasihatkan memantau perkembangan terkini berkaitan trafik dan penutupan jalan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Penumpang dinasihatkan merancang laluan alternatif jika perlu dan turut digalakkan mempertimbangkan perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres untuk ke lapangan terbang,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, Malaysia Airlines turut menasihatkan penumpang penerbangan antarabangsa supaya tiba di KLIA sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Bagi penerbangan domestik pula, penumpang dinasihatkan tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu berlepas bagi memastikan proses daftar masuk dan perjalanan berjalan lancar.

“Kaunter daftar masuk ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Malaysia Airlines turut menghargai kefahaman dan kerjasama penumpang sepanjang tempoh berkenaan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here