Petugas media berkumpul sejak awal pagi di perkarangan IPD Sepang.

SEPANG –  Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang yang menjadi tumpuan berikutan penahanan suspek kes bunuh Kim Jong-nam di situ hari ini sekali lagi dipenuhi petugas media sejak awal pagi lagi.

Kali ini tumpuan kepada suspek keempat kes berprofil tinggi itu, Ri Jong-chol yang akan diusir keluar dari negara ini selepas tempoh tahanan reman beliau tamat.

Suspek berusia 47 tahun itu tidak didakwa di mahkamah berikutan kekurangan bukti.

Suasana di perkarangan IPD Sepang.
Suasana di perkarangan IPD Sepang.

Beliau dijangka dibawa ke Imigresen sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan diiringi Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) untuk diusir keluar.

Jong-chol ditahan polis pada 17 Feb iaitu empat hari selepas kes abang tiri pemimpin Korea Utara itu dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2).  – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast