Datuk Seri Najib Razak bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam pertemuan baru-baru ini.

SHAH ALAM – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah memberi jaminan akan terus kekal setia bersama UMNO.

Beliau berkata jaminan itu diberikan sendiri oleh Hishammuddin dalam satu pertemuan dengan beliau beberapa hari lalu.

“Soal gambar bercuti dengan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) itu memberikan pelbagai tafsiran dan saya bertanyakan secara berterus-terang,” katanya pada sesi santai bersama anggota UMNO di sini hari ini.

Dalam sesi berkenaan, seorang anggota UMNO bertanyakan kepada bekas presiden UMNO itu sama ada Hishammuddin masih ‘ada hati’ dengan parti dengan mengambil kira tindak tanduk bekas naib presiden UMNO itu mencetuskan pelbagai khabar angin yang tidak menyenangkan parti.

Baru-baru ini, gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hishammuddin bercuti di Maghribi tersebar luas hingga mencetuskan pelbagai spekulasi. -BERNAMA

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/16/tiada-rahsia-pertemuan-dengan-azmin-hishammuddin/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast