KUALA LUMPUR – Jurugambar MalaysiaGazette dinobat pemenang pertama untuk kategori Foto Esei Cemerlang Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2019.
Mohd Hazrol Zainal,25, menerima trofi beserta RM10,000 menerusi koleksi foto bertajuk ‘Pasar Borong KL Bertukar Wajah – Hari Raya Aidiladha’.
Foto terbaik: https://malaysiagazette.com/blog/2018/08/23/pasar-borong-kl-bertukar-wajah-hari-raya-aidiladha/
Jurugambar yang menyertai MalaysiaGazette pada 15 Februari 2017 itu tidak menyangka mencipta kemenangan dalam penyertaan pertamanya sejak menceburi bidang fotografi empat tahun lalu.
“Penyertaan ini didorong oleh ketua saya Noor Asrekuzairey Salim. Memang tidak sangka dan ini berkat doa isteri serta ibu saya. Terima kasih diucapkan kepada semua,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Hadiah untuk kategori Foto Esei Cemerlang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani Datuk Suhaimi Sulaiman bersama Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
MalaysiaGazette turut disenarai pendek pncalonan lima terbaik kategori Dokumentari Video Terbaik menerusi program 5 Pagi yang bertajuk Titik-Titik Rezeki. – MalaysisaGazette
















