Beginilah keadaan pesawat Tri-M.G yang terjongket selepas berlaku tumpahan minyak masak di bahagian kargo. foto Jakarta Post

JAKARTA – Sebuah pesawat kargo terjongket dengan memberat di sebelah ekor selepas berlaku tumpahan minyak masak di dalam kargo.

Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Wamena dalam pesawat Tri-M.G.

Pesawat itu membawa pelbagai barangan dalam kargo termasuk minyak masak telah tumpah.

“Semasa minyak masak dipunggah, ia ditempatkan di bahagian tengah kabin mengakibatkan permukaan pesawat menjadi licin.

“Keadaan itu menyebabkan barangan kargo yang lain melurut dari depan ke belakang pesawat menyebabkan bahagian apron terangkat dua meter daripada tanah,” jurucakap lapangan terbang itu.

Pesawat itu tiba di lapangan terbang terbabit pada pukul 3 petang dari Timika dan kerja-kerja pemunggahan selesai pada 3.40 petang.

Kejadian itu menyebabkan calar berlaku di bahagian belakang pesawat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast