DUBAI – Iran mengaku telah menahan kapal tangki Britain di Selat Hormuz tetapi menafikan tentera Amerika Syarikat telah menembak jatuh dron miliknya minggu ini.

Agensi berita Iran, Irna yang memetik sumber tentera berkata, kapal berkenaan telah menutup jejaknya, tidak menghirau amaran daripada Pengawal Revolusi Elit Iran dan berlayar pada laluan perkapalan yang salah.

Menurutnya, Pengawal Revolusi tidak menahan kapal kedua Britain, kapal Mesdar yang menggunakan bendera Liberia.

Mesdar telah beralih ke utara ke arah pantai Iran pada petang Jumaat tetapi kemudian mengubah laluan lagi dan menuju ke arah barat dari Iran, menurut data pengesanan Refinitiv.

Hubungan antara Washington dan Tehran bertambah buruk tahun lalu apabila Presiden Donald Trump menarik balik perjanjian nuklear 2015 antara kuasa dunia dan Iran.

Di bawah pakatan itu, Iran bersetuju untuk menyekat program nuklear, dilihat oleh Barat sebagai usaha untuk menghentikan pembangunan bom atom.

Sebagai balasan sekatan ke Iran telah ditarik balik.

Tetapi selepas perjanjian itu ditarik balik oleh Trump, Iran telah dikenakan sekatan lebih teruk hingga menjejaskan ekonomi Tehran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast