JAKARTA – Polis Indonesia menembak mati enam disyaki militan IS dalam kejadian tembak-menembak di Pulau Jawa semalam.

Jurucakap polis berkata, tujuh lelaki memandu ke arah pos polis trafik semalam dan melepaskan tembakan kepada pegawai polis. Namun tiada siapa yang cedera.

Tindakan itu menyebabkan polis mengejar mengejar kenderaan yang dipandu oleh tujuh lelaki berkenaan.

Kesemua lelaki itu kemudian meninggalkan kereta tersebut dan melarikan diri di kawasan pertanian di Tuban, Jawa Timur.

“Apabila polis mengepung kawasan itu, tembakan kedengaran. Enam daripada mereka mati,” kata seorang pegawai polis, Rikwanto.

Seorang lelaki yang masih hidup telah ditahan polis.

Polis mendakwa serangan itu adalah sebahagian daripada kumpulan IS yang dikaitkan dengan rangkaian Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang turut didakwa bertanggungjawab dengan serangan di Indonesia termasuk di Jakarta pada Januari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast