logo plus

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad melahirkan rasa sedih dan kesal dengan insiden kemalangan yang berlaku di persimpangan Southville City, Bangi semalam hingga mengakibatkan kematian.

Pengendali lebuh raya itu berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes kemalangan tersebut.

Katanya, PLUS tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan agresif dan membahayakan pengguna lebuh raya lain.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya yang terlibat dalam kemalangan segera menghubungi polis atau membuat laporan di balai polis berdekatan.

PLUS mengulas mengenai kejadian yang menimpa Allahyarham Syed Muhammad Danil Syed Syakir yang maut selepas berlaku perselisihan faham dalam kemalangan tersebut.

Susulan kejadian iti, sepasang suami isteri ditahan sehingga 17 Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast