MAVCOM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bimbang dengan apa yang berlaku kepada sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini baru-baru ini.

MAVCOM dalam satu kenyataan hari ini berkata adalah tugas pihak terlibat untuk menyediakan mekanisme untuk perlindungan pengguna penerbangan.

“MAVCOM khuatir dengan kesulitan besar yang dialami oleh pengguna penerbangan disebabkan gangguan sistem di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

“MAVCOM sentiasa berusaha untuk mengukuhkan industri penerbangan di Malaysia,” katanya.

MAVCOM berkata, pihaknya telah berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan mahu syarikat itu memaklumkan kepada penumpang dan syarikat penerbangan apabila operasi akan kembali normal.

“Kami akan terus memantau dan menilai tahap perkhidmatan di KLIA menerusi Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang serta Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC),” katanya.

Untuk rekod, gangguan sistem yang bermula sejak Rabu malam telah menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast