Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

PUTRAJAYA – Satu kerusi di Kabinet akan kosong jika Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ianya bukan isu besar.

“Tiada kekosongan jawatan?

“Saya rasa (ada) bila Perdana Menteri mengosongkan jawatan tersebut seperti yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia di sini hari ini.

BACA: https://malaysiagazette.com/2019/08/29/tiada-yang-lepaskan-jawatan-jadi-tiada-kekosongan-untuk-anwar-dr-mahathir/

Semalam, Perdana Menteri berkata, tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar.

“Kerajaan tidak akan buat perubahan atau penambahan jumlah ahli Kabinet.

“Tidak sesiapa yang nak letak jawatan, kami tidak ada kekosongan. Kalau ada kekosongan kami akan fikiran calon-calon yang sesuai,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya tak pernah tawar diri sertai Kabinet

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast