Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad melambai tangan sewaktu memandu pulang selepas hadir pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 31 OGOS 2019.

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menarik perhatian orang ramai Dataran Putrajaya pagi tadi apabila memandu sendiri kereta Proton Saga ketika menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan bersama rakyat.

Beliau tiba menaiki kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran B 4681 A pada jam 7.50 pagi.

Dr Mahathir diiringi beberapa pengawal yang menjadi penumpang beliau.

Kehadiran perdana menteri disambut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobindo Deo Singh.

Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Dr Mahathir turut memandu sendiri untuk pulang selepas sebaiknya acara sambutan itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast