Iklan Sugarbook yang pernah menimbulkan kontoversi di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) diarah menarik balik paparan iklan SugarBook di Bangsar dan Bukit Kiara di sini kerana mempunyai unsur lucah dan tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Agensi penguatkuasa itu berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati pelesenan struktur iklan berkenaan merupakan milik YWP yang telah melantik Tetuan Out of Home sebagai operator.

Sugarbook merupakan aplikasi khidmat lelaki dan wanita simpanan yang tidak selari dengan norma masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, YWP dan Tetuan Out of Home untuk menarik balik segera paparan iklan berkenaan di kedua-dua lokasi tersebut.

“Kandungan iklan SugarBook yang dipaparkan pada struktur iklan LED tersebut telah dimaklumkan berkenaan kandungan iklan yang sensitif dengan norma masyarakat Malaysia dan perlu serta merta mengeluarkan iklan tersebut daripada paparan LED berkenaan,” katanya.

Semalam, orang ramai dikejutkan dengan penularan gambar iklan tersebut yang mempunyai unsur sensitif dan lucah. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast