Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Hokkien Klang hari ini.

KLANG – Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) belum dimuktamadkan.

Beliau berkata, ia berikutan perbincangan berhubung pelaksanaannya masih di peringkat awal.

“Perkara itu masih dalam perbincangan awal, keputusan masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Hokkien Klang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelaksanaan dasar itu.

Perdana menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan di Putrajaya Jumaat lepas menekankan perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik.

Mahathir yang juga pemangku menteri pendidikan berkata, ini sejajar hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast