BEIJING – Jumlah kes kematian akibat koronavirus meningkat sebanyak 97 orang semalam, angka tertinggi dalam sehari.

Ia menjadikan jumlah kematian akibat serangan virus itu meningkat kepada 908 orang tetapi jumlah jangkitan baru sehari telah stabil.

Di seluruh China, sebanyak 40,171 orang dijangkiti manakala 187,518 orang masih di bawah pemantauan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar sepasukan pakar ke Beijing untuk membantu menyiasat kes-kes baru.

Menurut data juga, seramai 3,281 pesakit telah disembuhkan dan dibenarkan keluar hospital.

Hari ini, berjuta-juta penduduk China kembali bertugas selepas cuti Tahun Baru China yang dilanjutkan dari 31 Januari dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.

Tetapi, langkah-langkah pencegahan masih dijalankan termasuk mengehadkan waktu kerja dan pemilihan secara selektif pembukaan pejabat.

Sepanjang hujung minggu, jumlah kematian koronavirus melepasi angka kematian epidermik SARS yang berlaku pada tahun 2003, juga berpunca dari China.

SARS menyaksikan kematian seramai 774 orang di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast