Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Sejurus selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang disyaki mungkin dijangkiti wabak Covid-19 namun kemudiannya dilaporkan negatif kini Datuk Seri Gopal Sri Ram pula telah menjalani ujian yang sama pada minggu lepas.

Gopal Sri Ram yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes berprofil tinggi  1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak terkena pandemik tersebut.

Ketika dihubungi, Gopal Sri Ram mendedahkan keputusan akan diketahuinya selewat-lewatnya esok sambil memberitahu dirinya ketika ini sihat serta tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

“Saya sihat, esok akan keluar keputusan ujian Covid-19 saya itu. Saya juga akan meneruskan pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB pada Khamis ini, tiada masalah,” katanya hari ini.

Pada minggu lepas, Gopal yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini memberitahu mahkamah, beliau telah diminta menjalani ujian buat kali kedua kerana merupakan kontak rapat dengan dua pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Hakim Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan 1MBD kemudian menangguhkan perbicaraan yang masuk hari ke-23 pada Khamis lalu kepada Khamis minggu ini seandainya semua ujian terhadap peguam-peguam berkenaan negatif.

Sebelum ini, Muhammad Shafee memberitahu MalaysiaGazette, beliau bersama-sama isterinya juga peguam, Tania Scivetti dipercayai telah mempunyai kontak secara langsung dengan adik iparnya yang disyaki Covid-19 semasa kenduri di rumah mereka pada Sabtu lepas namun keputusan negatif.

Muhammad Shafee mendakwa hanya menyedarinya pada Khamis lepas sebelum melakukan ujian saringan Covid-19 pada 12 Mac selain beliau pasukannya juga dikatakan telah melakukan ujian tersebut. –MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. First it was Tan Sri Muhammad Shafee. Then Datuk Seri Gopal Sri Ram. I sincerely hope and pray that next will not be news about any lockdown on any one of our courthouses.

Comments are closed.