Women holding parasols walk past an electronic board showing Japan's Nikkei average rate outside a brokerage in Tokyo, Japan June 2, 2017. REUTERS/Toru Hanai

TOKYO – Krisis diplomatik yang semakin memuncak di Asia Barat, testimoni oleh bekas pengarah FBI, pilihan raya Britain dan mesyuarat Bank Pusat Eropah minggu ini telah memberi kesan kepada saham Asia, harga minyak dan nilai dolar.

Harga minyak jatuh semula selepas mencatatkan pemulihan seketika selepas Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain membuat keputusan memutuskan hubungan dan Qatar dengan menuduh negara tersebut menyokong ekstremisme dan menjejaskan kestabilan serantau.

Saham-saham di Qatar menjunam lebih lapan peratus semalaman ke paras terendahnya sejak Januari 2016.

Harga minyak mentah Amerika Syarikat, CLc1 merosot enam peratus pada paras AS$47.12 setong pada Selasa selepas jatuh 0.55 peratus pada Isnin.

Penanda aras global, Brent LCOc1 jatuh 0.6 peratus kepada AS$49.17 meyambung kerugian yang dicatatkan pada Isnin.

Indeks dolar mencecah paras terendah dalam tempoh tujuh tahun sebelum bekas Pengarah FBI, James Comey memberi testimoni di hadapan Kongres pada Khamis ini.

Menurut laporan, Comey akan memberi keterangan berhubung perbualannya dengan Presiden Amerika Syarikat yang mana Donald Trump didakwa memberi tekanan kepada beliau untuk menghentikan siasatan terhadap bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Mike Flynn yang dipecat kerana gagal mendedahkan perbualannya dengan pegawai-pegawai Rusia.

“Dolar berada dalam keadaan defensif selepas data pekerjaan pada Jumaat dan kini menghadapi risiko geopolitik disebabkan testimoni Comey,” kata Pengurus State Stree Cawangan Tokyo, Bart Wakabayashi.

Dolar jatuh 0.6 peratus kepada 109.85 berbanding Yen pada Selasa, menghampiri paras terendah dalam tempoh enam minggu sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast