Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar

KUALA LUMPUR – Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Tun Ghaffar tidak pasti apa tujuan Zuraida Kamaruddin mengaitkan namanya dengan projek runding terus kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai seorang menteri sepatutnya beliau tidak membabitkan dan menyalahkan pihak lain di atas kegagalannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Baginya, amat mustahil bagi seorang menteri tidak tahu langsung perkara tersebut sedangkan Kementerian Kewangan hanya bertindak mengikut rekomendasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengakui tidak tahu menahu mengenai projek runding terus melibatkan kementeriannya pada zaman pemerintahan PH.

Malah beliau mendakwa ia dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng termasuk berunding dengan Tamrin yang mewakili Syarikat Bumi Segar Indah yang didakwanya penyokong kuat PH.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Guan Eng luluskan 2 projek runding terus KPKT – Zuraida

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Alaaaaa ko jawab jer..betul ke ko ada jumpa Lim Guan Eng pasal tender projek tu? Ada ke tidak?? simple…tak payah laaa nak membelit mcm2

Comments are closed.