Logo FGV

KUALA LUMPUR – Saham-saham FGV Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini susulan hasrat Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB) menjadi pemegang saham dalam syarikat perladangan itu menerusi suntikan aset perladangan.

PLSB merupakan syarikat milik penuh Restu Jernih Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia minggu lepas, FGV berkata ia akan meneliti cadangan PLSB sebagai potensi pemegang saham terbesarnya dan akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting mengenainya.

Pada 10.17 pagi ini, saham-saham FGV naik dua sen atau 1.80 peratus kepada RM1.13 dengan 1.70 juta juta saham saling berpindah tangan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast