BEIJING – India menyerahkan seorang tentera China yang berkeliaran di kawasan sempadan dengan India di wilayah Himalaya, menurut laporan akhbar rasmi tentera China, PLA Daily. 

Anggota tentera itu diserahkan pada awal pagi ini, menurut laporan tersebut seperti dipetik Reuters.

Kedua-dua negara mengerahkan beribu-ribu anggota tentera di wilayah tersebut selepas pertempuran yang meragut nyarwa pada Jun lalu.

Negara-negara yang dilengkapi dengan senjata nuklear berhadapan dengan konfrantasi  di sempadan di wilayah Ladakh, dengan tentera bertempur dan melepaskan tembakan ke udara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast