Anggota-anggota penyelamat sedang menyiasat pesawat kecil yang terhempas ketika membawa bantuan untuk mangsa taufan eta di selatan Guatemala City, foto Agensi

GUATEMALA CITY – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah pesawat kecil yang mengangkut makanan kepada mangsa ribut tropika Eta terhempas.

Pesawat itu terhempas sekitar tengah hari, beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora di ibu negara dalam perjalanan ke Alta Verapaz.

Punca nahas masih belum diketahui.

Satu mayat ditemui di lokasi kemalangan dan seorang lagi mangsa meninggal dunia setelah dibawa ke hospital tempatan.

Salah seorang yang mati dikenal pasti sebagai juruterbang.

“Kami dapat menyelamatkan seseorang yang berada di dalam pesawat dan dipindahkan ke Institut Keselamatan Sosial Guatemala dengan kesan luka melecur tahap pertama, kedua dan ketiga, dalam keadaan yang sangat kritikal,” kata Gerardo Martinez, jurucakap bomba.

Kemalangan itu memaksa penutupan persimpangan kenderaan di Zon 9 ibu kota Guatemala, lokasi bangkai pesawat jatuh.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.