Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva

BEIJING- Meskipun hampir setiap negara di dunia menyaksikan lonjakan kes Covid-19, sokong fiskal dan monetari global tidak harus dihentikan secara pra-matang.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata, jalan ke arah pemulihan ekonomi global mesti berpaksikan kepada dasar kukuh yang berterusan.

Beliau berkata demikian dalam satu pesanan video sempena Sidang Kemuncak Caixin di sini.

Pesanan itu bertepatan dengan situasi semasa apabila seluruh dunia terpaksa bergelut dengan penularan koronavirus yang mengancam pemulihan ekonomi dan dalam masa yang sama berharap supaya vaksin dapat diperolehi menjelang hujung tahun ini.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast