Perdana Menteri Portugis, Antonio Costa. Photograph: Olivier Matthys/Pool/AFP via Getty Portuguese prime minister Antonio Costa. Photograph: Olivier Matthys/Pool/AFP via Getty

LISBON – Perdana Menteru Portugis, Antonio Costa kini menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari berikutan beliau merupakan kontak rapat Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Namun, Costa disahkan negatif dalam ujian kilinikal Covid-19.

Costa berkata, beliau tetap akan melakukan ‘pengasingan pencegahan profilaksis’ dan akan melakukan ujian lain pada hari seterusnya, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut eknyataan itu, Costa akan mengekalkan semua aktiviti eksekutif dan agenda kerja tanpa bersemuka atas tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, beliau akan membatalkan lawatannya ke Afrika pada akhir bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast