Seorang wanita diberi suntikan vaksin Covid-19 di sebuah hospital di Denpasar, Bali,. foto Reuters

JAKARTA – Indonesia sudah melepasi sejuta kes koronavirus hari ini selepas bergelut dengan virus ini sejak Mac tahun lalu.

Negara keempat terpadat di dunia itu mencatatkan 999,256 kes jangkitan koronavirus semalam, dengan kenaikan harian melepasi 11,000 kes lebih seminggu lalu, menurut data rasmi.

Kematian akibat Covid-19 pula berjumlah 28,132 kes.

Angka tersebut adalah yang tertinggi di Asia tetapi pakar kesihatan percaya penyebaran Covid-19 di Indonesia sebenarnya lebih teruk.

Kerajaan telah memulakan program vaksinasi dan mengetatkan sekatan pergerakan sejak awal bulan ini ketika hospital mula mengalami tekanan.

Indonesia telah dikritik kerana paling kurang menjalankan ujian saringan dan penjejakan kontrak paling rendah di dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast