Petugas bersiap-siap sebelum mula bekerja di laboratorium pengujian Kementerian Kesihatan Palestin bagi virus Covid-19 di kota Ramallah, tepi Barat pada 2 Februari 2021. foto agensi

RAMALLAH – Pihak berkuasa Palestin cuba menghantar 2,000 dos vaksin keluaran Rusia, Sputnik V dari Tebing Barat ke Gaza  namun telah dihalang oleh tentera Israel semalam.

Jurucakap kerajaan Palestin, Ibrahim Milhem dalam taklimat media berkata, tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin  ke Gaza melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

“Saya menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya mengutuk tindakan Israel dan segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan Agensi Berita Xinhua.

Menurut laporan, tentera Israel memaklumkan program vaksinasi tidak dibenarkan di Semenanjung Gaza.

“Bekalan dos yang dihantar oleh juga masih dalam pemeriksaan dan surat kebenaran masih belum dikeluarkan,” katanya.

Namun, pihak berkuasa Palestin menjelaskan pihaknya telah membuat permohonan untuk menghantar dos vaksin ke Gaza dalam tempoh terdekat selepas 10,000 dos vaksin Sputnik V tiba di Tebing Barat pada 4 Februari lalu.

Halangan tersebut telah menjadi cabaran untuk memastikan semua penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menerima suntikan vaksin Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast