Gines Gonzales Garcia.-Gambar FB

BUENOS AIRES- Gara-gara didakwa memberi suntikan vaksin kepada mereka yang bukan di dalam senarai keutamaan, Menteri Kesihatan Argentina, Gines Gonzales Garcia terpaksa meletakkan jawatan.

Wartawan terkenal tempatan, Harocio Verbitsy mendakwa dia menghubungi Garcia untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum bersetuju menggunakan kedudukannya bagi memenuhi permintaan itu.

Garcia, merupakan Menteri Penyelaras Bagi Polisi Covid-19 Argentina.

Tindakan itu dianggap salah guna kuasa dan penyelewengan kerana suntikan diberi kepada individu yang bukan dalam senarai penerima diberi keutamaan.

Bagaimanapun Garcia mendakwa apa yang berlaku sebagai salah faham.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast