KUALA LUMPUR – Selepas menggesa agar Pemuda UMNO atau Armada PPBM pergi ke Palestine bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat negara itu, KINI giliran Pemuda UMNO pula bertanya soalan sama kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza perlu bertanya kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Palestine membantu rakyat negara itu.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Siti Nurhaliza sepatutnya sedia maklum bahawa pihaknya sudah beberapa kali dan berani untuk ke Gaza, Palestine dalam beberapa misi bantuan di sana.

“Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergilah ke Gaza Palestin.

“Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Gaza Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?” soalnya dalam catatannya pada laman Facebook.

Dalam catatan tersebut, Armand turut memuat naik beberapa gambar ketika berada di Palestine bersama Pemuda UMNO yang lain.

Terdahulu, Siti Nurhaliza melalui akaun Instagramnya menggesa agar Pemuda UMNO atau PPBM yang suka bergaduh, pergi memberi bantuan di Palestine. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast