KUALA LUMPUR – Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu kerajaan tidak pula membangkitkan kena bayaran pampasan kepada institusi perbankan tempatan kerana memberi moratorium automatik.
Baharu sekarang kerajaan memaklumkan kena bayar bank jika mahu mahu laksanakan moratorium automatik, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Sebelum ini, Mohd Puad berkata, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz memberitahu bahawa kerajaan tidak boleh paksa bank kerana kerajaan tidak ada kawalan terhadap bank.
Katanya, kerajaan ada kuasa darurat tetapi tidak berani guna pintu depan.
”Minggu depan alasan lain pula,” ujarnya.
Baru-baru ini, Tengku Zafruk berkata, kKerajaan tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menentukan pelaksanaan dan penyediaan moratorium.
Ini kerana keputusan moratorium hasil perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan.
“Kerajaan tidak boleh mengawal bank-bank. Ia ditetapkan oleh bank-bank dan Bank Negara Malaysia yang menyelaras usaha ini,” kata Menteri Kewangan pada sidang media selepas menjawab pertanyaan menjawab mengapa kerajaan tidak melaksanakan morotarium automatik seperti yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.
Semalam, dalam tulisannya komentarnya, menteri kewangan itu berkata, untuk mengadakan semula moratorium menyeluruh turut bermakna kerajaan mungkin perlu memberi ganti rugi kepada bank untuk langkah yang mungkin tidak diperlukan sejak awal.
Walaupun Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 membenarkan kerajaan memperoleh dan menggerakkan sumber-sumber yang diperlukan untuk kebaikan awam, sebarang langkah wajib perlu disesuaikan dengan pampasan kepada pihak yang telah menghasilkan sumber.
Katany,a menawarkan moratorium menyeluruh, tidak wajar dari segi kewangan, terutamanya dalam situasi sumber yang terhad untuk perang yang berpotensi panjang terhadap musuh yang boleh bermutasi tanpa memberi amaran.
“Saya lebih suka memindahkan sumber tersebut dalam bentuk bantuan atau subsidi kepada rakyat dan segmen perniagaan yang amat memerlukannya,” kata Tengku Zafrul. – MalaysiaGazette

















Berbelit2 T. Zafrul ni…kejap kata kerajaan tak de kuasa…lepas tu kata kabinet ada kuasa….baguslah menteri2 bunga raya ni…sorang back up towkay kilang, sorang back up pendatang haram & sorang lg back up towkay bank…PRU nanti ko tgk cam mana…