Keadaan kilang Floral Manufacturing Group yang terbakar. foto Agensi

BANGKOK – Dua letupan menggegarkan sebuah kilang peralatan kosmetik dan perubatan di Bangkok petang semalam, menyebabkan seorang anggota bomba cedera, kata polis tempatan.

Beberapa tangki besar berisi minyak meletup kira-kira jam 6.10 malam, waktu tempatan di kilang Floral Manufacturing Group di kawasan perindustrian Lat Krabang.

Anggota bomba telah mengawal kebakaran dan siasatan mengenai penyebab kemalangan sedang dilakukan, kata Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, menolak kemungkinan berlakunya kemalangan berikutnya akibat kebocoran bahan kimia.

Ini adalah kemalangan industri kedua besar dalam masa dua hari.

Isnin lalu, sebuah kilang kimia di pinggir Bangkok meletup dan menyebabkan kebakaran besar.

Kejadian itu turut menletupan dan kebakaran yang berlaku menelan kilang kimia di pinggir Bangkok, membunuh seorang anggota bomba, mencederakan puluhan yang lain.

Insiden itu turut menyebabkan lebih 1,000 orang penduduk dipindahkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast