KUALA LUMPUR – Polis Kedah memburu dua lelaki untuk membantu siasatan kes bunuh seorang pegawai rendah polis di Taman Sri Hosba, Changlun, dekat Kedah, malam kelmarin.
Dua lelaki terbabit, Mohd Hatta Johari, 30, atau lebih dikenali sebagai “Hatta” pemegang mykad 871225-02-5545 dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipanggil “E-Bedah” pemegang my kad 810720-02-6159 dikehendaki polis untuk siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mengenali kedua-dua suspek itu boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan.
Dalam kejadian malam kelmarin, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, mati ditembak bertalu-talu di sebuah rumah milik rakannya di Changlun, Kedah.
Allahyarham yang bertugas di Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Bukit Aman, Kuala Lumpur ditembak sebanyak empat das oleh sekumpulan lelaki dipercayai gangster.
Terdapat tiga kesan tembakan menembusi badan mangsa, manakala satu anak peluru tertinggal di dada kirinya.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan tembakan pada bahagian dada kiri. – MalaysiaGazette
















