KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut kini sebanyak 2,471,642 kes.

Semalam, sebanyak 5,854 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan.

Kali terakhir negara merekodkan kes positif di bawah paras 5,000 kes ialah pada 25 Oktober lalu iaitu sebanyak 4,782.

Sejak awal bulan ini, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baharu mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNOW.

Dalam pada itu, jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 11.3 peratus.

Tetapi kemasukan ke hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (46.4 peratus), Terengganu (29.2 peratus), Kedah (26.5 peratus), Melaka (26.2 peratus) dan Kuala Lumpur (+3.0 peratus).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast