Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan

SEREMBAN – Seramai 44 pekerja kilang yang baru selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dan seorang pemandu bas berdepan detik cemas selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Bukit Putus di sini, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kesemua penumpang yang juga pekerja kilang kayu di Simpang Pertang  itu baru selesai vaksinasi dos penggalak COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi COVID-19 Awam-Swasta (PIKAS) D’Catteya, Senawang.

“Kejadian itu berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi. Bas berkenaan musnah seratus peratus, bagaimanapun kesemua penumpang dan pemandu selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Seremban dan Seri Menanti dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast