Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 kes korban Covid-19 direkodkan setakat semalam termasuk 26 kematian di luar hospital.

Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 33,305.

Negeri Johor merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 13 kes, diikuti Kedah dan Selangor masing-masing 12.

Masing-masing enam kes di Kelantan dan Terengganu; Negeri Sembilan dan Sabah (5), Melaka dan Perak (4), Pahang dan Putrajaya (3) serta Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (dua).

Kementerian Kesihatan berkata, sebanyak 304,304 kes aktif dilaporkan dalam tempoh sama.

Daripada jumlah itu sebanyak 8,734 kes menerima rawatan di hospital termasuk 368 di unit rawatan rapi dengan 223 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia merekodkan sebanyak 3,624,328 kes keseluruhan jangkitan Covid-19 dengan 26,645 kes baharu semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast