Antara perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang mengibarkan bendera UMNO dan Barisan Nasional pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 16 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 2,891 perwakilan dari tiga sayap UMNO mengikuti Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang berlangsung hari ini.

Jumlah itu melibatkan 959 perwakilan Wanita, 971 Pemuda dan 961 Puteri UMNO yang bersidang secara serentak pagi ini.

Tiga ketua sayap iaitu Datuk Noraini Ahmad, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan akan menyampaikan ucapan dasar kira-kira jam 10 pagi.

Persidangan Wanita akan berlangsung di Dewan Merdeka, manakala Pemuda di Dewan Tun Razak dan Puteri di Dewan Tun Dr. Ismail serta Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Perasmian persidangan ketiga sayap parti disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi.

Perwakilan ke PAU 2021 yang bermula esok dijangka dihadiri lebih 5,500 orang termasuk 2,680 dari 190 bahagian seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast