KUALA LUMPUR – Stok keseluruhan minyak sawit Malaysia pada September 2017 meningkat sebanyak 3.98 peratus kepada 2.01 juta tan berbanding 1.94 tan pada Ogos.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, stok minyak sawit mentah meningkat sebanyak 0.96 peratus kepada 1.06 juta tan pada September berbanding 1.05 tan yang dicatatkan pada bulan lepas.
Stok minyak sawit proses pula meningkat 7.58 peratus kepada 952,5550 tan berbanding 885,430 tan.
Dalam pada itu, menurut MPOB, pengeluaran minyak sawit mentah menyusut 1.69 peratus kepada 1.77 juta pada September berbanding 1.81 juta yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
Eksport pula meningkat sebanyak 1.82 peratus kepada 1.51 juta tan pada September berbanding 148 juta tan yang direkodkan pada Ogos.-MalaysiaGazette
















