KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low adalah rumit.
Menurut beliau, ini kerana proses itu tidak hanya melibat Malaysia sahaja, sebaliknya ia turut membabitkan beberapa negara, perisikan dan polis antarabangsa (Interpol).
Namun jelasnya, kerajaan sedang mengadakan rundingan menerusi saluran diplomatik dengan beberapa negara bagi membawa dia pulang Jho Low dengan kadar segera.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada Jho Low berada di China.
“Kita tidak pernah mengesahkan dia di mana tapi kita berunding dengan negara-negara percepatkan proses, dah itu dirunding secara diplomatik dengan China
“Ya kita mahu pulang secepat mungkin tapi sukar sejak hari pertama kerana ia rumit sebab libat pelbagai negara, perisikan dan Interpol,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), di sini, hari ini.
Perdana Menteri diminta mengulas laporan tentang usaha kerajaan Malaysia mengadakan perjanjian dengan China yang akan menyaksikan Jho Low dihantar pulang ke Malaysia,
Laporan itu dibuat bekas wartawan Wall Street Journal, Bradley Hope.
Dia mendakwa beberapa sumber berkata, usaha itu sedang “didebatkan secara hangat” oleh kerajaan Malaysia susulan lawatan Anwar ke China bulan lalu.
Dakwaan itu diterbitkan dalam edisi buletin Whale Hunting hari ini, yang dikendalikannya bersama rakan wartawan Tom Wright.
Kedua-duanya adalah pengarang bersama buku Billion Dollar Whale yang mengupas mengenai peranan Low dalam skandal 1MDB.
China sebelum ini menafikan negara itu memberi perlindungan kepada Jho Low, tetapi laporan menyatakan dia bersembunyi di negara tersebut. – MalaysiaGazette

















Memang lah susah sebab dia dah jadi beruang..kena cari kat dalam hutan
150 jota, habis la sembang kari kalau macam ni? 6 kotak tak jumpa2 lagi ka?