Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang suspek lelaki yang ditahan kerana memuat naik hantaran jelik menghina agama Islam di Facebook akan diheret ke mahkamah esok.

Bukit Aman dalam kenyataan ringkas berkata, suspek warga tempatan itu menggunakan akaun Facebook bernama Ali Tikos memuat naik posting menghina Islam di negara ini dan ditahan membantu siasatan lanjut polis.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Johor untuk pendakwaan kes.

“Suspek akan menghadapi 10 pertuduhan berasingan untuk 10 posting yang disiasat polis di mahkamah pada jam 9 pagi, esok.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” sebut kenyataan ringkas itu.

Inspektor Wan Ahmad Zakiman Wan Ismail dari USJT Bukit Aman merupakan pegawai penyiasat dalam kes tersebut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast